ADMIN INGIN KONGSIKAN CARA MEMBAIKI MAIN SWITCH POWER WINDOW YANG BERMASALAH, ADMIN PASTI YANG RATA-RATA KEBANYAKKAN GURU MENGGUNAKAN MYVI DAN SELALU MENGALAMI MASALAH TINGKAP TURUN BOLEH NAK NAIK SEMULA SUDAH TAK BOLEH BETUL TAK???? DISINI ADA SEDIKIT TUTORIAL CARA NAK BUAT
Tutorial DIY ni hanya untuk Kereta MYVI sahaja & pastikan warranty telah tamat.
Pastikan skru bahagian dalam panel dibuka terlebih dahulu.. (satu skru je)
Terdapat 2 klip yang perlu dibuka.. samada panel depan atau belakang..
tolak kedalam sedikit panel tersebut sehingga ada ruang untuk menarik
panel tersebut keatas.
Beginilah keadaan apabila panel telah terpisah dari door trim
Pisahkan soket seperti dalam bulatan diatas untuk memudahkan lagi kerja
Kedaan apabila soket telah dipisahkan..
Langkah
seterusnya adalah memuka kotak switch dari panel.. terdapat 2 klip di
kiri dan kanan switch.. lepaskan klip dari tempat asal untuk memisahkan
switch dari panel. (berhati-hati supaya klip tidak patah)
Setelah klip terpisah, maka kotak switch dapat dipisahkan seperti diatas
Proses
seterusnya ada sedikit rumit kerana korang perlu lepaskan lagi 6 klip
seperti dalam bulatan untuk membuka kotak switch tersebut. (berhati2
supaya klip tidak patah)
Apabila kotak switch berjaya dibuka terdapat 2 komponen kecil yang perlu anda keluarkan dari kotak switch tersebut.
kalau
korang perasan bulatan dalam gambar diatas perlu dibersihkan
menggunakan hujung test pen atau alat yang boleh menghilangkan karat.
Perbezaan anatara karat yang telah dibuang dan belum dibersihkan lagi.
Kedua-dua komponen kecil telah dibersihkan dan permukaan telah menjadi kilat.
Dalam bulatan menunjukkan permukaan hitam dan berkarat.. perlu dicuci seperti gambar diatas
gambar diatas menunjukkan komponen telah dibersihkan dan permukaan telah bertukar warna dari hitam kepada warna silver kilat.
Pasangkan
kembali 2 komponen kecil tadi yang telah dibersih kedalam kotak switch
seperti gambar diatas.. selepas itu pasangkan semula semua kotak yang
telah dibuka dan pasang semua sekali soket yang telah dipisahkan
dipanel.. pastikan skru dipasang semula.
Akhirnya
switch power window telah berfungsi semula dengan tingkap bahagian
belakang telah boleh diturunkan dalam kedaan separuh.
Tingkap telah boleh ditutup sepenuhnya.
Tingkap juga telah boleh dibuka sepenuhnya tanpa sebarang masalah..
Alhamdulillah
akhirnya semua switch power window untuk pindu hadapan dan belakang
telah berjaya di repair tanpa sebarang masalah..
Jadi
kalau korang rasa berkeyakinan untuk mencuba sendiri.. silakan dan
selamat berjaya.. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab anda sendiri..
hehehe.TERIMA KASIH DAN CREDIT KEPADA MYVITRD.COM YANG MENYEDIAKAN TUTORIAL INI.
No comments:
Post a Comment