Peniaga Online Perlu Papar Nama & No Pendaftaran, Denda RM5,000 Jika Gagal – SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.
Melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah
mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook
bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor
pendaftaran syarikat.Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.
Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.
Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.